Ms Pui Yi yang merupakan pelakon filem Pulau dan influencer sensasi abad ini telah menawarkan biasiswa pendidikan kepada pelajar yang memerlukan dengan jumlah keseluruhan RM 4.5 juta atau bersamaan AS $1,000,000!
Siew Pui Yi atau lebih dikenali sebagai Ms Pui Yi yang berusia 24 tahun merupakan seorang model, influencer, youtuber dan juga seorang usahawan. Membesar dengan latar belakang keluarga yang kurang bernasib baik, dia berniat untuk membuat perubahan kepada golongan pelajar yang kurang berkemampuan.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ms Pui Yi memaklumkan dia bakal melancarkan program biasiswa pertamanya yang bergelar Ms Pui Yi Scolarship Fund.
@ms_puiyi ♬ original sound – ms_puiyi
“Saya ingin maklumkan bahawa hari ini saya akan melancarkan program biasiswa pertama saya. Dengan kerjasama dari satu organisasi, kami ingin memaklumkan bahawa kami menawarkan biasiswa berjumlah AS$1,000,000 kepada pelajar yang tidak berkemampuan dari seluruh dunia
Setiap pelajar akan diberikan geran AS$1,000 untuk meneruskan pelajaran dalam bidang yang mereka mahukan. Mereka juga akan mendapat akses untuk menerima geran pelajaran sepanjang proses pembelajaran dan turut diberikan geran perniagaan selepas tamat pelajaran,” katanya.
Gagal jadi pakar bedah kerana tidak mampu
“Sebagai seorang yang membesar di kawasan luar bandar, keluarga saya bukanlah keluarga berkemampuan untuk membiayai pengajian saya.
“Dahulu, saya ingin menyambung pelajaran dalam bidang perubatan dan saya perlu bekerja setiap hari sehingga lewat malam.

“Saya perlu ke kolej dan bekerja sambilan sebagai model di pelbagai lokasi pada setiap minggu. Ada ketikanya saya tidak dapat tidur mencukupi dan tidak dapat makanan sepatutnya,” katanya.
“Akhirnya, saya tak dapat menyambung pelajaran dan menggapai cita-cita saya untuk menjadi pakar bedah disebabkan pelbagai faktor.
“Antaranya, saya tak ada tabungan yang mencukupi untuk menyambung pelajaran, keluarga saya pun tak berkemampuan, dan saya tak dapat mencari biasiswa yang sesuai, jadi, saya perlu melupakan impian itu dan menyambung pelajaran dalam bidang lain iaitu perniagaan.
Tambahnya, hasil daripada proses kehidupannya itu, dia kini ingin menyumbang semula kepada masyarakat.
“Sekarang, saya ingin membawa perubahan dan berhasrat untuk menyumbang semula kepada masyarakat dengan menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang memerlukan,” katanya.
Jadi jika anda berminat, Boleh hantarkan permohonan ke www.mspuiyischolarship.com