Atlet lontar peluru negara iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya meraih pingat perak dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024.
Ziyad Berjaya Raih Pingat Buat Malaysia
Memetik laporan Berita Harian, pertandingan diadakan di Stade de France, di mana Muhammad Ziyad memulakan saingan dengan lontaran pertamanya sejauh 16.75 meter.
Dia meneruskan dengan lontaran kedua pada jarak 16.66 meter, dan mencatatkan lontaran terbaiknya sebanyak 17.18 meter pada percubaan ketiga.
Walaupun berusaha keras untuk meningkatkan rekodnya, atlet berusia 34 tahun ini gagal melampaui lontaran terbaiknya dengan percubaan terakhir yang mencatatkan 16.86 meter.
Pencapaian ini mengukuhkan lagi kedudukan Muhammad Ziyad sebagai seorang atlet handal, setelah sebelumnya meraih pingat emas pada edisi Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro.
Kredit: Berita Harian