Seorang wanita hamil yang bekerja sebagai juruwang, dikenali sebagai Zuriani Mahmood baru-baru ini telah menularkan sebuah kes yang menimpa dirinya dimana beliau telah ditumbuk oleh seorang pelanggan akibat lambat membatalkan barangan yang dibeli dalam kejadian di The Mall Mid Valley Southkey, Johor Bahru.
Hati2 dengan cust spesis mcmni
Report da dibuat , tunggu tindakkan dari polis je . Maruah aku tercalar ya sebagai seorang cashier bila cust buat mcmni depan ramai org . Sedangkan itu salah sendiri . Kalau setakat gaduh mulut , boleh terima lagi . Tapi kau siapa utk naik tangan pic.twitter.com/F8lWkLgToL
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) March 10, 2024
Wanita Hamil Ditumbuk Pelanggan
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zuriani di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa beliau telah dikasari oleh seorang pelanggan wanita berbangsa Melayu selepas membuat bayaran di kaunter. Zuriani turut menambah tindakan pelanggan tersebut telah mencalarkan maruahnya sebagai pekerja kerana dirinya dikasari di hadapan pelanggan yang lain.
Bercerita kembali tentang insiden yang menimpa Zuriani, beliau berkata kejadian tersebut berlaku pada 9 Mac lalu dimana wanita terbabit ingin memulangkan salah satu barangan yang dibelinya, namun diminta untuk tunggu sebentar kerana barangan tersebut telah masuk ke dalam sistem juruwang.
Akan tetapi proses untuk membatalkan barang tersebut telah mengambil masa yang lama sehingga mengundang kemarahan wanita terbabit dan secara tiba-tiba wanita berkenaan bertindak untuk menumbuk muka Zuriani di hadapan khalayak ramai sehingga menyebabkan kecederaan bengkak di bawah mata sebelah kiri.
Sudah Buat Laporan Polis
Susulan kejadian tersebut, Zuriani telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Majidee kerana tidak berpuas hati terhadap wanita terbabit yang secara tidak langsung telah menjatuhkan maruahnya.
“Supaya orang lain boleh hati-hati dengan pelanggan spesis macam ini. Report dah dibuat, tunggu tindakkan daripada polis je. Maruah aku tercalar ya sebagai seorang cashier bila pelanggan buat macam ini depan ramai orang. Sedangkan itu salah sendiri. Kalau setakat gaduh mulut, boleh terima lagi. Tapi, kau siapa untuk naik tangan dekat muka aku!!! Aku sertakan gambar dan kamera litar tertutup (CCTV).
“Aku taktahu apa salah aku sedangkan aku dah terangkan, tapi kau tetiba melenting. Aku memang takkan maafkan orang macam ini ya! Aku tengah mengandung, kau sentuh-sentuh aku,” tulisnya.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak polis berhubung kejadian tersebut.
Kredit: FB Zuriani Mahmood