Seorang abang yang sepatutnya melindungi adik-adiknya kini tidak semuanya wujud. Semalam, terjadinya satu tragedi dimana seorang abang tegar mencekik adiknya sehingga maut. Kejadian itu dipercayai berlaku di Bukit Piatu dan jiran-jiran tetangga sedar tentang kejadian itu apabila saksi kejadian menjerit untuk meminta bantuan segera.

Muka Adik Sudah Kebiruan
“Besar harapan saya dapat menyelamatkan mangsa namun ketika menepis tangan abangnya saya melihat muka adiknya sudah kebiruan. Melihat situasi itu, saya menjerit meminta tolong dengan jiran yang lain agar segera menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan”, jelas saksi kejadian yang dikenali sebagai Ain apabila ditemu bual oleh pihak Harian Metro.
Menurut sumber Harian Metro lagi, Ain yang juga merupakan jiran kepada keluarga itu sempat memaklumkan beliau menerima panggilan daripada ibu kepada mangsa kira-kira jam 12 tengah hari yang memintanya ke rumahnya apabila melihat anak ketiga dipercayai dicekik oleh abangnya sendiri selepas melihat kejadian itu menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di telefon bimbit.

Suspek (Abang Mangsa) Bagaikan Dirasuk
Berdasarkan bukti daripada Ain, beliau mendapati bahawa dua beradik tersebut telah berada di ruang tamu, dan ketika itu anak ketiga daripada adik beradik itu sudah terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri. Manakala abangnya yang berusia 14 tahun itu seakan-akan tidak menyedari apa-apa (dirasuk).
“Saya difahamkan mangsa tidak ke sekolah hari ini (semalam) kerana sakit mata dan ditinggalkan bersama abang sulungnya. Pergerakan mereka berdua dipantau menerusi CCTV”, ujar Ain yang kini trauma melihat kejadian tersebut berlaku di depan matanya sendiri.
Abang Pernah Jadi Mangsa Buli
Sumber Harian Metro memaklumkan bahawa suspek itu seorang anak yang baik namun kebelakangan ibu beliau meracau beberapa kali dan dipercayai pernah menjadi mangsa buli. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit telah mengesahkan kejadian itu.
“Mangsa berusia sembilan tahun manakala abangnya 14 tahun dan kes masih dalam siasatan”, jelasnya.
Kredit: Harian Metro