Baru-baru ini, Facebook telah mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% bermula 1 Januari 2020


Berdasarkan notis pengebilan cukai yang dimuat naik oleh FB menyatakan bahawa ia membabitkan pengiklan yang mempunyai alamat di negara ini.

Pelaksanaan caj cukai ni sejajar dengan pengenalan cukai digital yang diumumkan baru-baru ini.

Cukai perkhidmatan ini ditambah untuk setiap kali pengguna dicaj bagi iklan yang dimuat naik dan ia tidak mengambil kira sama ada iklan itu dibeli menerusi FB atau tujuan perniagaan atau peribadi.


Pembayaran cukai kepada FB dibuat melalui kaedah manual dan cukai akan dikenakan apabila akaun iklan dibiayai.

[fbcomments]