Penyayi lagu ‘Lelaki Seperti Aku’, Alif Satar telah berkongsikan tips-tips untuk pemula dalam aktiviti berlari menerusi akaun TikToknya @itsalifsatar. Alif cukup terkenal dengan hobinya yang melibatkan aktiviti-aktiviti bersukan seperti berbasikal dan berlari.

Dalam videonya yang berdurasi 1 minit 30 saat itu, Alif telah berkongsi apa yang pemula boleh lakukan jika baru nak mula berlari atau hidup aktif.

“Korang tak perlu letak target yang besar. Apa yang korang boleh buat ialah letak target masa. Contohnya, harini saya nak lari 30 minit.”

Dia juga ada mengatakan sebagai pemula, kita haruslah menikmati proses kearah menjadi lebih baik.

“Enjoy the process. Katakan minggu pertama korang boleh lari 2km dalam 30 minit. Minggu kedua, 3 km. Lepas setahun, mungkin 6km dalam 30 minit. 

Itulah yang dinamakan enjoy the process. Korang rasa badan korang makin lama makin kuat.”

Alif Satar juga pernah menyertai cabaran Ironman Langkawi pada tahun 2019. Dalam cabaran tersebut, dia telah berjaya menghabiskan cabaran berenang, berbasikal dan berlari.

Dalam video yang berlainan, Alif juga ada berkongsi 3 benda yang kena ada sebelum berlari, iaitu kasut yang selesa, cermin mata dan smartwatch. Dia juga mengatakan pada peringkat permulaan, tak perlu beli yang mahal, selepas serius nanti barulah beli yang lebih berkualiti.

Semoga Alif terus memberi inspirasi kepada pemula-pemula aktiviti larian atau sesiapa yang berazam untuk hidup lebih aktif. 

Sumber: Tiktok

[fbcomments]