Isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib, iaitu Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, berkongsi berita duka apabila disahkan mengalami keguguran anak sulung mereka.

Video di bawah:

https://www.instagram.com/reel/DJnsYA3o8e-/?igsh=OGk1ajdoa25xMjZ4

Watie Umum Keguguran Anak Pertama, Luah Reda Walau Hati Perit

Menerusi hantaran di Instagram, Watie meluahkan kesedihan atas kehilangan zuriat yang dikandung, selain menyatakan bahawa dia telah menerima petanda awal melalui mimpi sebelum perkara itu benar-benar berlaku.

“Maaf kerana tak menjaga kamu dgn baik saat kamu ada di dalam rahim mummy. Mummy dah dapat petanda dari mimpi yang Mummy akan keguguran.

“Setiap masa mummy fikir adakah mimpi itu akan jadi kenyataan. 11 Mei 2025 mummy dapat berita kamu betul-betul pergi,” tulisnya.

Watie turut memanggil anak dalam kandungan itu dengan gelaran manja “Bintang” dan menyatakan rasa syukurnya kerana diberi peluang merasai nikmat menjadi seorang ibu walaupun hanya untuk tempoh yang singkat.

“Mungkin masih banyak yang perlu mummy pelajari sebelum kami lahir ke dunia ini.

Mummy reda walau ianya terasa perit untuk hadapi. Mummy tetap bersyukur Allah titipkan kami walau hanya beberapa bulan yang indah,”  luahnya lagi.

Sebelum ini, khabar kehamilan Watie menjadi perhatian apabila para pengikut media sosial mula menyedari perubahan fizikalnya menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik.

Untuk makluman, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Shuib sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah dan dikurniakan empat orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Kredit: Instagram iamwatie

 

[fbcomments]