Juri program realiti Famili duo iaitu Mas Idayu, semalam telah berjenaka bahaw dia bersyukur yang suaminya bukan kaki curang.

Mas Idayu atau nama penuhnya Mas Idayu Mesnun telah berkahwin dengan Muhammad Sufian Che Isa, yang juga Penerbit Eksekutif TV3. pada 16 September 2022 yang lalu.

Dalam video yang dimuat naik oleh TV3 di laman TikTok mereka, Mas Idayu atau lebih mesra dipanggil Mummy secara spontan telah mengeluarkan kenyataan itu sewaktu program Famili Duo.

@tv3malaysia Alhamdulillah mummy dapat suami macamtu. Orang lain belum tentu bertuah. Strim Live HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 ♬ original sound – TV3Malaysia

Janna Nick selaku pengacara telah bertanya kepada Mas Idayu sama ada dia memiliki cinta yang mencukupi atau tidak.

Jawab Mas Idayu, dia hanya bersyukur apabila suaminya seorang yang setia dan bukan seorang lelaki yang kaki curang.

Mas Idayu kini isteri Penerbit Eksekutif TV3 |
Sumber: Wilayahku

Menjengah ruangan komen, ramai yang mengkritik tindakan penyanyi dangdut itu kerana usia perkahwinannya yang masih baru.

@AYiN SiNa: Lom setahun lg mummy😁

@DIANADIANDRA84: sape² pun akan yakin dgn suami sblm “terjadi” 😂😂

@Julianah Julia: 🤣🤣🤣🤣🤣 yakinnya kamu

Namun tidak kurang juga yang kagum akan jawapan Mas Idayu ini dan mendoakan yang baik-baik buat perkahwinannya.

@⚠️seinboyee⚠️: padu!!

@yusofmusa6546: terbaik mamy

@zaniab932: semoga bahagia hingga akhir hayat Amin amin amin

Sumber: Tiktok TV3 Malaysia

[fbcomments]