fbpx

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan tentang seorang usahawan popular iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang memuat naik satu video klip single berjudul Love Raya, memaparkan aksi lelaki menari menggeletis telah dikecam oleh ramai pihak, termasuk ibunya sendiri.

Terbaharu, selepas video yang dikongsikan itu mendapat perhatian dan kecaman, ibu kepada Aliff Syukri menegurnya secara terbuka dan Aliff kini tampil membuat permohonan maaf atas tindakannya itu.

@kopiplanet

Dato Sri Aliff Syukri belanja teaser untuk lagu raya baharu… #fyp #foryourpage #foryoupage #aliffsyukri #laguraya #artis #selebriti #usahawan #gosip #sensasi

♬ original sound – KopiPlanet.com – KopiPlanet.com

Aliff Syukri Mohon Maaf

Terguris hati dengan kecaman yang dilemparkan, Aliff Syukri mendedahkan bahawa beliau telah mengeluarkan kos yang besar untuk menghasilkan lagu dan video musik rayanya itu.

“Kepada mak saya (Rozita) dan semua netizen yang melihat video saya tu, saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Memang saya kecil hati sebab saya sudah bersusah payah siap keluarkan modal puluhan ribu ringgit untuk penari, juruvideo.

“Tapi netizen tak tengok lagi dah kecam melampau-lampau dan itu menyebabkan saya sedih,” luahnya menerusi satu video yang dimuat naik olehnya di laman Instagram.

Sudah Padam Video Berkenaan

Tambah Aliff lagi, beliau juga telah membuat keputusan untuk memadamkan video berkenaan daripada media sosial miliknya susulan teguran dan kecaman yang diterima.

“Saya tak nak bersedih atau marah. Saya salahkan diri sendiri. Saya dah padam video tu. Padahal orang kat luar lagi banyak buat benda pelik-pelik,” ujarnya.

Sebelum ini, ibu kepada Aliff iaitu Rozita meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Aliff dan menyifatkan video musik tersebut telah mencemarkan 10 malam terakhir di bulan Ramadan.

Kredit: Instagram aliffsyukriterlajarlaris, TikTok kopiplanet

[fbcomments]