fbpx

Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang isu khalwat yang mengaitkan dua selebriti tempatan iaitu Aliff Aziz dan juga Ruhainies. Kedua-dua mereka telah ditangkap khalwat oleh Jawi pada Sabtu lalu dan dibebaskan sementara kerana hal-hal tertentu.

Terbaharu, Ruhainies tampil memberi penjelasan bahawa kontroversi yang mengaitkan dirinya bersama Aliff bukan lah disebabkan isu tangkap basah seperti yang digosipkan orang ramai.

Ruhainies Minta Jangan Keluarkan Kenyataan Yang Mengelirukan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Ruhainies di laman Instagram Story miliknya, ia memaparkan Ruhainies kesal dengan tindakan beberapa laporan portal media yang menggunakan tajuk ‘Masih Tiada Penjelasan Lanjut, Ruhainies Perlu Masa Untuk Selesaikan Isu Tangkap Basah’.

Oleh yang demikian, pelakon yang berusia 32 tahun ini memuat naik perkongsian dengan mengharapkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Ingin saya perbetulkan di sini, hati-hati dengan penulisan tajuk atau isi di dalam content supaya tidak menimbulkan spekulasi lebih buruk yang mengelirukan dan mengeruhkan keadaan. Ia sama sekali ‘bukan tangkap basah’. Sehingga kini, saya masih belum berikan apa-apa kenyataan. Dan segala apa yang dikeluarkan dalam media bukanlah kenyataan daripada saya dan tidak tepat,” tulisnya.

Jangan Buat Berita Yang Boleh Undang Provokasi

Ruhainies turut menambah beliau berharap tiada lagi artikel yang boleh mengundang provokasi berkenaan isu yang terpalit ini sehingga satu kenyataan rasmi berhubung dakwaan ditangkap khalwat bersama Aliff dikeluarkan.

“Saya mohon media tidak menulis apa-apa yang boleh mengundang provokasi atau fitnah sehingga saya mengeluarkan kenyataan rasmi. Saya mohon kerjasama semua pihak supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab,” tulisnya lagi.

Kelmarin, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah, awal pagi. Menurut laporan orang ramai, tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berdasarkan maklumat orang awam.

Kredit: Instagram ruhainies7

[fbcomments]