fbpx

Kontroversi mengenai dokumentari Al Jazeera mengenai layanan pendatang tanpa izin di Malaysia menjadi isu hangat kebelakangan ini. Al Jazeera kini akan didakwa kerana didapati tidak mendapatkan lesen daripada FINAS sebelum melakukan penggambaran.

Tetapi menerusi sesi soal jawab di Parlimen pagi ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan kesemua jenis penggambaran filem di dalam negara perlu mendapatkan lesen daripada FINAS terlebih dahulu termasuk rakaman media sosial peribadi.

Ditanya adakah keperluan lesen itu turut diterpakai ke atas mereka yang menggunakan platform media sosial seperti Instagram dan TikTok, beliau berkata semua penggambaran tertakluk kepada undang-undang berkenaan.

“Kita memang galakkan semua orang kecil besar, tua muda, individu atau organisasi untuk mengeluarkan apa-apa jenis filem seperti yang saya petik tadi asalkan ikut undang-undang sedia ada,” kata Saifuddin semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Saiifuddin berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Shu Qi (PH- Kluang) yang mempersoalkan adakah lesen Finas diperlukan untuk media sosial atau tradisional.

Jika dirujuk pada laman web Finas, unuk mendapatkan lesen bagi pembikinan filem dan penggambaran video, pemohon mesti berdaftar sebagai pemilik Syarikat Sdn Bhd dan mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM50,000.

[fbcomments]