fbpx

Korang masih ingat tak dengan Faiz Roslan? Dia pernah mencetuskan kontroversi pada suatu ketika dahulu dan sering mendapat teguran dari pendakwah bebas serta selebriti tempatan di atas kelakuannya yang dianggap mempermainkan agama.

Kini dia telah tampil dengan imej lebih berani di laman TikT0k pula.

Untuk pengetahuan, pada tahun 2018 Faiz tanpa segan-silu memuat naik video menujukkan dia tidak berpuasa dalam media soslal sehingga Mufti Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Dr Zulkifili Mohamad Al-Bakri melahirkan hasrat untuk berjumpa dengannya.

Tapi apa yang peliknya, ramai pula pengikutnya menyokong tindakan Faiz dan menganggap segala kandungan yang dipaparkan sekadar hiburan.

Kini dia telah tampil dengan berimej seorang wanita!

Apa yang mengejutkan lagi ialah, dia ada membuat kenyataan terbuka di laman instagram miliknya menyatakan keputusan untuk tidak “berpaling lagi”. Ramai yang tertanya-tanya keputusan apa yang Faiz cuba maksudkan itu.

Nak delete semua gambar yang pecah, nampak kejantanan, gambar lelaki, sis dah membuat keputusan yang takkan berpaling lagi.

Jika mendalami maksud ayat ini, Faiz seolah-olah ingin menampakkan imej barunya sebagai seorang wanita.

let’s mulakan hidup baru, let’s tak pedulikan opinion orang lain sebab at the end of the day diri sendiri yang memutuskan segala keputusan. doakan yang baik-baik sahaja.

[fbcomments]