Makin hari makin banyak pulak kisah dan cerita usahawan yang semakin menjadi-jadi demi mempromosikan produknya. Malah ada juga yang tidak segan silu mempromosi ubat perangsang seks secara terang-terangan.


Baru-baru ini sebuah video memaparkan seorang pemuda dipercayai usahawan ubat ‘kuat’ sedang mempromosikan ubat jualannya.

Telan ubat kuat sebelum jumpa awek

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah pemuda tersebut mengatakan perlu memakan pil ubat berkenaan terlebih dahulu sebelum bertemu dengan seorang ‘awek’ sekali gus warganet menyifatkan tindakan itu seakan-akan menggalakkan perbuatan zina.

Promoting zina is so normal now? Anything is halal janji barang dijual laku. Apa ni? Some people tak segan silu malukan agama sendiri. Jumpa gf telan tu for what? Keras for what? He is MA (medical assistant) kan? Apa ni.

Ada netizen kata pemuda tersebut merupakan seorang pegawai perubatan dan juga merupakan seorang usahawan yang tiada etika dalam perniagaan, malah boleh didakwa atas kesalahan undang-undang.


[fbcomments]