fbpx

Mungkin terkesan dengan dengan pandemik Covid-19 yang menyebabkannya hilang pekerjaan serta punca pendapatan, membuatkan pemuda ini cuba melakukan samun ‘bersenjata menyerupai pistol’ terhadap kakitangan van syarikat kawalan keselamatan yang membawa wang.

Namun cubaannya itu gagal kerana panik.

Mengguna objek menyerupai pistol

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Ahmad Adnan Basri berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, suspek memakai pelitup muka berwarna biru bertindak meluru ke arah dua pekerja syarikat keselamatan yang sedang membawa sejumlah wang masuk ke dalam van sambil mengacu objek menyerupai pistol.

Siasatan awal mendapati ketika kejadian, juruteknik keselamatan berkenaan sedang membawa wang anggaran sebanyak RM200,000 yang baharu sahaja dikeluarkan daripada mesin deposit wang sambil dikawal seorang pengawal keselamatan sebelum didatangi suspek yang menjerit ‘hoi’.

Suspek kemudian bertindak memegang pengawal keselamatan yang dilengkapi senjata api itu sambil mengacu pistol berkenaan pada dadanya, dan kemudian meminta juruteknik itu menyerahkan wang sambil mengacukan pistol ke arahnya pula.

Suspek panik dan melarikan diri

Bagaimanapun, juruteknik berkenaan berjaya melarikan diri bersama wang itu ke dalam van yang sedang menunggu mereka di luar bank sebelum suspek menjadi panik lalu meloloskan diri ke arah belakang premis bank terbabit.

Suspek yang berjaket hitam kerana memakai pelitup muka namun ciri-cirinya berambut pendek, berkulit cerah, tinggi lebih kurang lima kaki tujuh inci dan berbadan kurus.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan kerana cubaan melakukan samun menggunakan senjata.

Posted by Damia Hanie on Selasa, 29 September 2020
[fbcomments]