Beberapa hari yang lepas, pasangan Engku Emran dan Noor Nabila telah mengumumkan mereka sah bercerai talak satu secara baik. Walaupun begitu, isu sensasi ini terpalit kepada pihak yang lain dimana bekas isteri pertama Engku Emran, iaitu Erra Fazira telah dituduh bahawa beliau mendedahkan perangai sebenar Engku Emran kepada orang lain.
Hormati Privasi Orang Lain
Berdasarkan tangkap layar di atas, Erra Fazira menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mengulas mengenai sikap sebenar bekas suaminya itu susulan kes penceraiannya bersama Noor Nabila, kelmarin. Beliau juga menegaskan agar netizen menghormati privasi Emran sebagai ayah kepada anak perempuan mereka iaitu Engku Aleesya.
“Jangan macam ni. Nak sensasi pun, jangan buat fitnah! Saya tidak pernah memberi sebarang komen sebegini. Saya hormati privasi ayah kepada anak saya dan pasangan”, tulisnya melalui Insta story.
Jangan Buat Fitnah
Tambahan lagi, Erra Fazira mengetahui tentang berita tidak berasas tersebut melalui satu artikel yang dimuat naik di laman Facebook, mendakwa dirinya yang mendedahkan punca penceraian antara Noor Nabila dan bekas suaminya.
“Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bila mana kita sendiri tidak tahu nasib dan perjalanan kita kelak. Sekian”, katanya di barisan ayat terakhir.
Sebagai rekod, Erra Fazira dan Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007, namun mereka bercerai setelah tujuh tahun hidup bersama. Hasil perkahwinan mereka, bekas pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Engku Aleesya Engku Emran.
Kredit: Instagram Erra Fazira, OhMyMedia