fbpx

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung insiden pergelutan ketika menarik kereta dalam kejadian di Jalan Sutera Tanjong, Taman Sutera Utama, Skudai, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara berkata dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun iaitu pemilik kereta jenis Toyota Hilux masuk ke dalam keretanya selepas makan di sebuah restoran berhampiran bersama isteri.

“Sebaik dia menghidupkan enjin, kemudiannya meluru tiga lelaki terus membuka pintu kereta dan menariknya sehingga berlaku pergelutan.

“Ketika kereta itu mahu dibawa pergi oleh seorang daripada mereka, tangan mangsa tersepit pada pintu kereta menyebabkan tangan kirinya cedera.”

tarik kereta

Kau nak tarik kereta ke nak merompak sebenarnya ni?? Confius Awang! Kejadian berlaku di Sutera Utama, Skudai, Johor.

Posted by Bawang Rangers on Selasa, 3 Mac 2020

Beliau berkata, pemilik kenderaan itu bertindak untuk berpaut pada kereta terbabit kerana cemas barangan peribadinya masih ada di dalam kereta itu.

“Dia yang kemudiannya diberi masuk ke dalam kereta di persimpangan lampu isyarat Taman Sutera Utama, dekat sini, sebelum diturunkan di kawasan Taman Universiti iaitu kira-kira lapan kilometer dari lokasi kejadian.

“Kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah, di sini. Pihak polis mendapat makluman seorang daripada tiga lelaki itu dalam laporannya mendakwa mereka adalah penarik kereta dari sebuah institusi kewangan.

Dilaporkan polis akan menjalankan siasatan dengan mengambil kira unsur jenayah dalam insiden itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

[fbcomments]