fbpx

Kelahiran sebagai anak pertama bagaikan minyak yang ditatang penuh oleh pasangan suami isteri yang baru saja menimang anak. Namun, apabila terlahirnya anak kedua, ketiga dan seterusnya, anak kelahiran yang pertama kian diabaikan dan tidak diberi perhatian.

Baru-baru ini terjadi sebuah kisah apabila seorang wanita yang dikenali sebagai @AzwaAzhar yang memuatnaik video di laman TikToknya berkenaan beliau berasa bersalah kerana sikapnya terhadap anak sulung beliau.

@azwaazhar

I love my sons, before, now and forever. Maafkan mama selalu melebihi batas.. 😢😢😢😢

♬ original sound – K H A I – K H A I

Dulu Kamu Yang Paling Mama Sayang, Sekarang Kamu Terpaksa Hadap Mama Yang Selalu “Bad Mood”

“Bila dah ada adik-adik, mana lah menghilangnya mama yang dulu.. yang tinggal hanya mama yang selalu bad mood dengan anak sulung ni”, luah Azwa di ruangan kapsyen video tersebut.

Video ini dirakam adalah kerana anaknya itu memberitahu bahawa duit rayanya hilang dan dengan berbekalkan duit itu, anaknya mahu membeli jersi bola. Apabila anak lelaki itu mengadu kepada ibunya, beliau serta-merta marah, sampai tiada satu ruang pun untuk dia bela diri.

“Mama dah terlalu letih and stress minggu ni sampai dah tak boleh nak terima kesalahan kamu. Mama tahu kamu nak minta maaf tapi mama kata mama taknak cakap dengan kamu”, ujarnya lagi sambil merakam riak wajah anaknya yang penuh sayu itu.

Rasa Bersalah Yang Mendalam Terhadap Anak Sulungnya

“Tengok kamu makan diam-diam macam ni, tanpa celoteh mulut kamu yang suka bercakap, sebak sungguh dada mama. Rasa berat betul perasaan mama. Hilang selera makan. Ya Allah, berikanlah rasa kasih sayang yang tak pernah padam untuk anak-anakku”, petikan akhir yang diucap oleh Azwa di dalam hantaran itu.

Anak Pertama Akan Memahami Sesama Mereka

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen yang memegang gelaran anak sulung ini menerima nasib yang sama, dan mereka amat memahami situasi adik di dalam video tersebut.

Kredit: TikTok AzwaAzhar

[fbcomments]