Rumah tangga penyanyi veteran iaitu ND Lala bersama isterinya mula goyah sejak beberapa bulan yang lepas asbab kehadiran orang ketiga. Kini, Nd Lala dan Fauziah sah bercerai dan berita duka tersebut dikongsikan sendiri oleh Fauziah atau mesra disapa sebagai Mamazie di laman Instagramnya dan diceraikan melalui aplikasi Whatsapp.

Lafaz Cerai Dikirimkan Pada 2 Ogos Melalui Whatsapp

Berdasarkan perkongsian yang dikongsi oleh Mamazie di laman Instagram miliknya, beliau luah rasa syukur apabila masalah rumah tangga mereka kini berakhir. ND Lala telah melafazkan cerai pada 2 Ogos yang lepas di Masjid Ar-Rahman, Bangsar dan melapokan kepada dirinya pada Selasa.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulilah dengan izinNya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya, saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi Whatsapp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023. Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos) melalui Whatsapp”, luah Mamazie di ruangan kapsyen.

Dedah Status Terkini Agar Tidak Terundang Fitnah

“Saya menulis ini untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini”, jelas Mamazie lagi menyatakan sebab beliau dedahkan status terkininya di media.

Semoga Mamazie Terus Kuat

Dalam pada itu, Mamazie yang juga merupakan ibu kepada empat cahaya mata memohon agar orang ramai mendoakan dirinya untuk kekal kuat untuk meneruskan kehidupan sepertimana ketika dirinya ditipu.

“Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan. Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan saya dalam membina hidup yang lebih diredhai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat. Terima kasih untuk doa semua dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat pan jang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua”, luah panjang Mamazie di ayat penghujung kata.

Kredit: Instagram mamazie68

[fbcomments]