Akhirnya selebriti dan usahawan jelita, Neelofa mengaku yang dirinya sedang hamil anak kedua.
Neelofa, 34 berkata kini dia sudah memasuki trimester kedua dan memilih untuk berkongsi perkara itu susulan ramai yang mula sedar perubahan fizikal dirinya.
Malah, Neelofa berkata, kehamilannya kali ini lebih mudah berbanding anak pertama dahulu.
“Iya, doakan yang terbaik untuk saya. Rasanya semua sudah nampak kan. Usia kandungan kini sudah ‘half way to go’.”
“Alhamdulillah setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Bukan mudah sebenarnya sebab Bilal pun masih kecil lagi. Tapi syukur semua mendoakan saya,”katanya lagi.
Tidak Kisah Jantina Anak
Neelofa juga berkata dia tidak kisah mengenai jantina anak kedua dan kini sedang melakukan persiapan bagi menyanbut cahaya mata kedua tidak lama lagi.
“Dari anak pertama lagi saya dan suami memang tidak kisah mengenai gender anak, memadai jika bayi dalam keadaan sihat dan baik.”
“Syukur setakat ini saya tidak alami alahan yang teruk. Memandangkan ini pun sudah anak kedua. Jadi syaa sudah biasa dan lebih mudah mengatur semuanya,”jelasnya.
Terdahulu, Neelofa menimbulkan spekulasi hamil anak kedua selepas video yang menampakkan perubahan pada bahagian perut tular dalam laman sosial.
Video itu merakamkan Neelofa memegang perut yang semakin membesar ketika memberi ucapan sempena ulang tahun pertama kelahiran Bilal.
Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan anak sulung pada 29 Januari tahun lalu.