Pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohameddin menasihati usahawan dan selebriti yang kerap mencari publisiti, Neelofa supaya merehatkan diri seketika daripada menggunakan media sosial.
Pengarah drama bersiri Nur itu berkata,pasangan tersebut sentiasa menjadi perhatian ramai.

Saya tegur dan beri nasihat ini kerana ambil berat. Harap, dia (Neelofa) tak ambil hati. Nasihat ini, saya tujukan juga kepada kawan artis dan selebriti lain.
Kalau dapat rentas negeri tu, senyap-senyap sudah. Tak payah nak kongsi segalanya di media sosial masing-masing. Setakat beli karpet je pun.
Netizen bukannya suka sebab kebanyakan netizen tak dapat kelebihan yang sama macam kamu semua yang boleh sewenang-wenangnya…
…rentas sana sini atas gelaran selebriti. Tolong jangan bangkitkan kemarahan orang ramai.

Dalam masa yang sama, beliau turut berkongsi pendapat peribadi bahawa Neelofa mempunyai sikap ‘laparkan’ perhatian.
Kadang-kadang, saya rasa Neelofa ni memang sejenis craving (laparkan) perhatian sebegini. Sengaja cari masalah. Sikit punya banyak kedai karpet di Kuala Lumpur, yang kau gigih merentas sampai ke Nilai tu, dah kenapa?
Tu satu hal la. Cuma, kenapa memuat naik video di Instagram Story tu dan kemudian padam. Kau tak tahu ke netizen kita ni semua sejenis ikan jerung laparkan darah, yang pantang ko buat silap?
Minggu lepas, kau muat nak gambar burger, lepas tu padam. Orang kecam, kau dengan ayat pijak semut tak mati cakap netizen bersangka buruk pada kau.
Lepas tu, buat benda sama lagi sekarang. Kau dah kenapa? Suka ek orang kecam cerca macam ni? Lapar ek?

Tambah Shahrulezad, imej purdah atau niqab yang ditampilkan bekas pengacara MeleTOP itu sepatutnya disayangi ramai dan bukan semakin dibenci akibat tindakan sendiri.
