Pelakon jelita Nelydia Senrose kembali mengenakan hijab baru-baru ini. Nelydia mengakui merasa bimbang jika imannya tidak kuat dan memilih untuk kembali kepada imej lama.

Sebagai langkah awal pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen,29 itu berkata dia lebih berhati-hati dalam memilih tawaran lakonan yang bersesuaian dengan imej berhijabnya.

“Saya masih aktif berlakon cuma dengan imej baru ni saya perlu ambil masa untuk sesuaikan diri.”

Akui iman turun naik

Kata Nelydia lagi, hanya dia yang lebih mengenali dirinya dan berharap akan kekal istiqamah dengan imej tersebut.

“Saya kenal diri saya… Kadang kala iman turun naik. Jadi saya tak mahu fikir bukan-bukan dan berharap kekal istiqamah dengan imej sekarang,” tambahnya lagi.

Nelydia juga memaklumkan buat sambutan aidilfitri kali ini, dia dan suami tidak pulang ke kampung halaman sebaliknya hanya meraikan lebaran di Kuala Lumpur.

Bersedia ditanya soal zuriat

Pasangan itu juga mengakui tidak cepat melatah apabila disoal tentang anak sebaliknya menganggap perkara tersebut sebagai tanda prihatin dari orang sekeliling.

“Tiada isu pun kalau ada yang bertanya. Saya tahu yang bertanya itu sekadar mahu tahu sahaja. Itu juga tanda mereka ambil berat dan mendoakan kami.”

Sekadar info, Nelydia mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Hafez,39, padan 6 April 2019.

Sumber: mStar

[fbcomments]