Seorang wanita warga emas berusia 83 tahun antara 12 individu ditahan dalam serbuan polis ke atas sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan SS2/4 di sini, dijadikan pusat judi mahjong.
Dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, seramai sembilan wanita dan tiga lelaki termasuk seorang wanita yang berperanan sebagai penganjur ditahan.
Kesemua mereka berusia antara 47 tahun hingga 83 tahun.
“Kita turut merampas pelbagai barangan digunakan untuk aktiviti perjudian termasuk cip judi serta wang tunai RM8,755.
“Kesemua yang ditahan turut dikompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengikut Seksyen 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” – Ketua Polis Daerah Petaling Jaya