fbpx

Mempunyai jiran yang baik dan bertimbang rasa adalah salah satu nikmat bahagia demi mendapat keamanan adab berjiran. Namun ada juga segelintir jiran yang bermasalah atas sebab-sebab tertentu.

Semalam tular satu video di laman TikTok yang dimuat naik oleh @Azieramly yang telah meraih lebih 2 juta tontonan berkenaan jiran sebelah rumahnya sering membuat bising, mengetuk-ngetuk dinding pada pukul 3-4 pagi yang telah menjejaskan ketenteraman mereka anak beranak.

Jiran Bermasalah Buat Bising Sampai Tak Boleh Tidur

“Sebelum pindah rumah ni auntie ni elok je sembang dengan kami tapi dia banyak cerita pasal jiran lain tak kena itu ini. Pastu bila dah sebulan kat sini auntie bagitahu jiran lain pulak kami hari-hari buat bising kacau dia tak boleh tidur malam”, jelas pemilik video meluahkan rasa geram didalam video tersebut.

Beliau yang dikenali sebagai Azie mengatakan bahawa 3 minggu yang lepas polis ada datang kerumah mereka kerana menerima aduan daripada auntie tersebut. Namun beliau sekeluarga ketika itu baru sahaja balik daripada berkhemah pada jam 2 petang.

“Auntie” Suruh Kami Pindah Keluar

“Lepas subuh pukul 7 polis datang. Polis tegur auntie kenapa macam ni. Auntie cakap nak suruh kami pindah keluar. Polis tak tahu nak buat apa sebab dia orang tua. Kami beli rumah ni, suka hati dia je nak suruh kami pindah. Dahla kami tak kacau orang pun”, jelas Azie lagi.

Tambah Azie lagi, auntie tersebut perlu dihantar ke tanjung rambutan kerana melihat kelakuan abnormal yang ditunjukkan. Namun pihak polis berkata ianya memerlukan kos yang banyak jika mahu dia dihantar ke sana. “Kami ngantuk kalau hari-hari kena macam ni”, luahnya dengan pasrah.

Netizen Berpendapat Bahawa Auntie Tersebut Nyanyuk

Melihat tinjauan di ruangan komen, rata-rata komen yang ditinggalkan oleh mereka adalah dengan mengatakan auntie atau sebenarnya nenek tersebut adalah masalah penyakit nyanyuk.

Kredit: TikTok azie_ramly

[fbcomments]