Sebuah video memaparkan dua individu warga asing melakukan persembahan jalanan di persimpangan lampu isyarat sekitar Pulau Pinang telah menarik perhatian ramai di platform X baru-baru ini.

Video di bawah:

https://x.com/ricxxxkiddo/status/1887036960633708870

Buat Persembahan Tepi Lampu Isyarat, Pasangan Warga Asing Siap Minta Upah

Dalam rakaman yang tular, pasangan tersebut dilihat menggunakan prop seperti pin boling dan bola untuk melakukan aksi juggling ketika kenderaan berhenti di lampu merah. Selepas selesai membuat persembahan, mereka dikatakan meminta sumbangan daripada pengguna jalan raya yang lalu.

Perkara ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai yang tidak bersetuju serta meminta pihak berkuasa mengambil tindakan. Selain mempertikaikan tindakan warga asing tersebut, ada juga yang bimbang aktiviti sebegini boleh mengundang risiko kemalangan di kawasan berkenaan.

Sehingga kini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung isu ini.

Kredit: X ricxxxkiddo

[fbcomments]