Istiadat perkahwinan diraja antara Tengku Muhammad Iskandar, anakanda Sultan Pahang, dan Tengku Natasya, puteri kepada ahli politik ternama Tengku Adnan, berlangsung dengan penuh meriah pada malam semalam, menggabungkan elemen tradisional dan moden yang menarik perhatian ramai.
![]()
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSjL176Qt/
Persembahan Istimewa Dari Kawan Luar Negara
Mengikut laporan Harian Metro, pasangan diraja ini tampil anggun dalam busana tradisional berwarna biru sedondon pada malam berinai.
Walau bagaimanapun, perhatian netizen di media sosial, terutama di TikTok, tertumpu kepada kejutan istimewa daripada rakan-rakan Tengku Muhammad yang datang dari UK, yang turut memberikan sentuhan istimewa kepada majlis tersebut.
Dalam suasana penuh kemeriahan, rakan-rakan pengantin lelaki membuat persembahan nyanyian lagu ikonik “I Want It That Way” dari kumpulan Backstreet Boys, sambil mengenakan baju Melayu dan bersongkok.
Aksi ini menarik perhatian ramai, ditambah pula dengan personaliti ceria Tengku Muhammad yang turut menyertai mereka menyanyikan lagu tersebut.
Gelagat spontan Tengku Muhammad bersama rakan-rakannya mencetuskan pelbagai reaksi positif dalam kalangan warganet.
Meninjau ke ruangan komen di TikTok, ramai yang terhibur melihat aksi mesra dan bersahaja pengantin diraja ini, yang sekali gus menambah kemeriahan dalam perkahwinan penuh adat ini.
![]()
Kredit: Harian Metro, TikTok rbeventor