fbpx

Tiga Perwakilan Muslimat PAS Kawasan Sungai Petani dilaporkan maut di Kilometer 390 Lebuh Raya Utara-Selatan di Behrang, Perak pada petang Jumaat, semalam.

Niat Nak Bantu Orang Tapi Malang Tidak Berbau

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Harian Metro, mangsa yang terkorban ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sungai Petani iaitu Taibah Sulaiman, Ketua Ameerah Kawasan Sg. Petani iaitu Nor Fatihah Nabilah Bukri dan PSU Dewan Muslimat PAS Kawan Sungai Petani iaitu Najihah Amzi.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa keluar daripada kereta untuk membantu sebuah kereta lain yang terlibat dalam kemalangan. Namun malang tidak berbau, mereka bertiga dirempuh daripada belakang oleh sebuah kereta berwarna putih sehingga menyebabkan kematian.

Sempat Mendengar Ucapan Dasar Presiden PAS Dalam Muktamar

Menurut sumber lagi, ketiga-tiga mangsa sempat mendengar Ucapan Dasar Presiden PAS dalam Muktamar tahunan parti tersebut pada hari kejadian. Semasa kejadian berlaku, dikatakan mereka dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Muktamar PAS yang diadakan di Shah Alam, Selangor.

Info tambahan, sumber melaporkan terdapat dua lagi individu yang terselamat dari nahas tersebut kerana mereka tidak keluar daripada kereta semasa kejadian.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]