Menjalankan perniagaan di kawasan lampu isyarat dan kaki lima seakan sudah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat masa kini untuk meraih pendapatan tambahan. Tetapi lain pula kisahnya apabila beberapa peniaga telah dikenakan saman kerana menjalankan perniagaan di lampu isyarat.


Peniaga jeruk kena saman

Menurut pihak polis, aktiviti jual beli makanan di tengah-tengah jalan itu bukan sahaja menganggu aliran trafik, malah turut membahayakan keselamatan penjaja dan pembeli serta pengguna jalan raya yang lain.

Katanya, mereka yang menjaja dan membeli menggunakan cara itu boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut peruntukan sedia ada.

Melihat perkongsian yang dimuatnaik di Facebook Polis Daerah Taiping pula, beberapa pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) IPD Taiping telah mengeluarkan saman terhadap peniaga yang menjalankan perniagaan di lampu isyarat.


Sudah berapa kali diberi peringatan

Menurut sumber, seramai empat orang peniaga sudah dikenakan saman Pol 257 diatas kesalahan 10 A (1) Jual Barangan/Risalah/Loteri dalam satu Ops Penjaja Jalanan yang dilakukan di sekitar pentadbiran IPD Taiping.

Malah sebenarnya dorang juga sudah beberapa kali diberi peringatan dan nasihat supaya tidak meneruskan perniagaan mereka di lampu isyarat sebaliknya menggunakan kanopi untuk berniaga di jalan yang lapang. Tetapi ada di antara mereka yang masih berdegil dan tidak mengendahkan amaran oleh pihak berkuasa.

[fbcomments]