fbpx

Niat seorang lelaki warga Bangladesh untuk berehat di pantai berakhir dengan tragedi apabila kereta miliknya ditenggelami air akibat terlupa menarik brek tangan di Pantai Klebang pada awal pagi semalam.

Mahu Berehat Di Kawasan Pantai Namun Mimpi Buruk Terjadi

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah iaitu Asisten Komisioner Christopher Patit memaklumkan bahawa kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika lelaki yang berusia 38 tahun tersebut ke kawasan pantai berkenaan untuk berehat.

“Ketika berhenti untuk berehat di tepi pantai, lelaki itu dikatakan terlelap dan tidak sempat untuk menarik brek tangan. Dia bagaimanapun hanya tersedar selepas keretanya menggelongsor ke kawasan tambak lalu tersangkut ke dalam pasir dan tidak dapat bergerak. Tidak lama selepas itu air pantai mulai pasang sehingga menyebabkan separuh daripada keretanya ditenggelami air sebelum dia cuba mendapatkan bantuan trak tunda”, jelasnya.

Tinggalkan Kereta Di Tempat Kejadian Sebab Tiada Duit Nak Bayar Trak Tunda

Difahamkan lagi, disebabkan lelaki terbabit ketiadaan wang untuk membayar kos trak tunda, beliau meninggalkan keretanya di lokasi kejadian.

“Semakan dibuat mendapati lelaki terbabit mempunyai lesen memandu selain kereta terbabit juga tidak bersangkut dengan sebarang kes jenayah. Kereta dibawa keluar oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan akan dibawa ke pusat simpanan pihak berkuasa tempatan berkenaan bagi proses tuntutan kos urusan penundaan daripada pemiliknya,” katanya.

Kredit: Buletin TV3

[fbcomments]