Penyanyi Datuk Nora Ariffin tampil menjelaskan bahawa hubungannya dengan suami, Dr. Rushdi Ramli, masih berada dalam keadaan baik walaupun sedang melalui fasa akhir perkahwinan.
Jelasnya, permohonan perceraian yang difailkan bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya selepas mendapatkan pandangan daripada ahli agama serta individu berpengalaman dalam hal rumah tangga.
![]()
Nora Ariffin Fail Cerai, Banyak Mengalah Dalam Rumah Tangga – ‘Hubungan Kami Baik, Tidak Bermusuh’
Ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin lalu, Nora memaklumkan bahawa dia terlebih dahulu berbincang dengan keluarga dan anak-anak sebelum mengambil langkah ini, dan bersyukur kerana anak-anak memahami keputusannya.
“Saya tidak bertindak melulu. Segalanya saya rujuk kepada mufti, ustaz dan mereka yang pakar dalam hukum syariah. Alhamdulillah, anak-anak juga menerima dengan hati terbuka,” katanya.
Walaupun sudah menfailkan perceraian, Nora dan suami masih berhubung secara baik dan tidak bermusuh. Malah, mereka masih tinggal serumah semasa sambutan Hari Raya baru-baru ini dan turut menghadiri jemputan bersama. Namun begitu, beliau mengakui kini mereka lebih banyak menjalani kehidupan secara berjauhan.
![]()
Nora juga ditanya sama ada dia terbuka untuk menarik balik permohonan cerai sekiranya dipujuk, namun beliau memilih untuk menyerahkan segalanya kepada takdir.
“Saya tak tahu apa yang ada dalam hati orang. Kalau dia nak pujuk, kita tunggu tarikh 6 Mei nanti,” katanya merujuk kepada tarikh sebutan pertama kes perceraian mereka yang telah ditetapkan mahkamah.
Mengulas lanjut mengenai punca keretakan rumah tangga, Nora memilih untuk tidak mendedahkan secara terperinci tetapi mengakui wujud gangguan daripada pihak ketiga sehingga menjejaskan hubungan yang telah terjalin selama enam tahun itu.
![]()
Terdahulu, Nora mengejutkan ramai apabila memuat naik foto kehadirannya ke mahkamah syariah, dipercayai bagi memfailkan perceraian selepas didakwa menerima tekanan daripada pihak luar.
Dr. Rushdi, yang juga Pensyarah Kanan di Universiti Malaya, sebelum ini turut bersuara dan mengesahkan bahawa beliau berdepan tekanan daripada individu tertentu yang mahu mereka berpisah.
Untuk rekod, Nora dan Dr. Rushdi mendirikan rumah tangga pada hujung tahun 2021. Sebelum itu, beliau pernah berkahwin dengan komposer Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan empat orang anak. Namun, Johan telah meninggal dunia pada tahun 2017 akibat serangan jantung.
Kredit: OhBulan!