Penyanyi terkenal Malaysia iaitu Datuk Nora Ariffin, 50, telah dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor akibat sesak nafas.

Mohon Doa Semua

Berdasarkan tangkap layar di atas, berita tersebut telah dikongsikan oleh suami Nora sendiri iaitu Dr Rushdi Ramli. Dalam mesej tersebut, Rushdi memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan isterinya yang dimasukkan ke dalam ICU itu.

“Nora masuk ICU hospital KPJ Kajang kerana sesak nafas. Mohon doa ikhlas dari semua”, tulisnya ringkas.

Sementara itu, kakak kepada Nora iaitu Dato’ Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih mesra dipanggil sebagai Aishah turut meluahkan rasa terkejut dengan berita tersebut dan mendoakan agar Nora diberikan kesembuhan yang segera.

“Allahuakbar adikku Nora. Mari kita panjatkan doa semoga memperoleh kesembuhan”, tulisnya.

Laporan Terbaru, Nora Sudah Kembali Stabil

Laporan terbaru, kini Nora Ariffin berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di ICU dan berita tersebut dikongsikan oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Jaja.

“Saya belum dapat melawat Datuk lagi tapi mengikut suaminya, dia dalam keadaan stabil dan tidak membimbangkan. Alhamdulilah. Saya dimaklumkan Datuk dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu akibat demam panas dan mengalami sesak nafas sekitar pukul 4 pagi Ahad”, jelasnya ketika ditemu bual media.

Jaja turut memaklumkan bahawa Nora masih lagi ditempatkan di ICU sehinggalah keadaan kesihatannya pulih sepenuhnya.

Kredit: Mstar

 

[fbcomments]