Penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia, Nubhan Ahamad, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi momen anak-anaknya bertemu semula dengan bekas pembantu rumah mereka yang sudah lama tidak ditemui. Perkongsian itu turut menarik reaksi isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, yang meninggalkan komen menyayat hati ramai.
![]()
Video di bawah:
https://www.instagram.com/reel/DQtb_CQk87O/?igsh=MTVrcmIzMGw0M2xibw==
Nubhan Bertemu Semula Pembantu Rumah Bersama Anak-Anak, Komen Isteri Raih Perhatian
Menerusi hantaran di laman Instagram milik Nubhan, kelihatan pembantu rumah tersebut menyambut kepulangan tiga anak penyanyi itu dengan penuh mesra di sebuah kediaman. Difahamkan, pertemuan berkenaan diadakan bagi mengubat rindu anak-anak terhadap individu yang pernah menjaga mereka sebelum ini.
Namun, komen yang ditinggalkan oleh Dr. Afifah pada hantaran berkenaan menarik perhatian ramai apabila beliau menulis, “bibik lebih layak ke dari ibunya,” yang mengundang pelbagai reaksi netizen dan meninggalkan kesan emosi kepada sebahagian besar pengikut mereka.
![]()
Dalam perkembangan berkaitan, Nubhan, 39, difahamkan telah memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh termasuk penjagaan interim terhadap isterinya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sejak September lalu.
Menurut peguam yang mewakilinya, Mohd Redzuan Ramli, prosiding kes berkenaan yang berlangsung baru-baru ini merupakan sebutan pertama. Beliau menjelaskan bahawa anak guamnya tidak hadir kerana terikat dengan urusan kerja, namun kes berkenaan berjalan seperti dijadualkan.
Tambah beliau, tuntutan tersebut melibatkan hak penjagaan penuh meliputi urusan bermalam, lawatan ketika sambutan hari raya, persekolahan dan hal-hal berkaitan anak-anak pasangan itu. Bagaimanapun, butiran lanjut tidak dapat didedahkan kerana masih tertakluk di bawah klausa mahkamah.
![]()
Ketika ini, tiga anak pasangan berkenaan iaitu Aafiya Kamilia, 7 tahun; Ahmad Aaffan, 5 tahun; dan Afzan Nayille, 4 tahun, berada dalam jagaan ibu mereka, Dr. Afifah. Walaupun begitu, pihak mahkamah tidak menghalang Nubhan daripada bertemu anak-anaknya.
Difahamkan juga, kedua-dua pihak bersetuju untuk berbincang secara baik bagi mencari penyelesaian terhadap isu berkenaan. Sebutan seterusnya bagi kes tersebut telah ditetapkan pada 26 November ini.
Sementara itu, sebelum tuntutan hadanah difailkan, Nubhan turut mengambil langkah memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. Ia melibatkan lafaz cerai yang dibuat pada tahun 2017, satu lagi pada Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama.
![]()
Kredit: Instagram nubhan.ahamad