Keluarga Neelofa sering menjadi perhatian netizen berikutan beberapa isu yang semakin menular kebelakangan ini.

Yang paling baru berkenaan isu Daging Harimau Menangis ibunya sehingga terima kecaman teruk oleh netizen.

Terkini giliran adik kepada Neelofa pula iaitu Ameera Khan apabila dia memuat naik gambarnya membongkokkan badan di Instagram.

Harimau tahan kentut ke macam ni?

Dengan padangan yang agak menggoda, ruangan Instagram Ameera telah dihujani pelbagai komen daripada netizen yang seakan tidak senang dengan gayanya yang kurang manis.

Ada juga yang bertanya seolah-olah menyamakan gaya tersebut seperti Harimau Menangis merujuk kepada isu sebelum ini.

Walau bagaimanapun, masih ada yang memuji penampilan Ameera yang sememangnya sentiasa trendy dan sering bergaya persis model Hollywood. Keluarganya telah menjadi topik perbualan utama netizen sehingga ada yang menggelar mereka keluarga Kardashian’s Kelantan.

[fbcomments]