Tular seorang warga emas yang memegang status orang kurang upaya (OKU) berjalan kaki menjual hasil laut untuk mencari pendapatan demi memenuhi keperluan hidup.
Warga emas yang dikenali sebagai pakcik Tahir itu membawa beberapa bungkusan plastik yang berisi ikan segar untuk dijual di sekitar kawasan Pantai Puteri, Melaka.
Menerusi rakaman berdurasi seminit 26 saat itu, pakcik berkenaan kelihatan gembira apabila jualannya dibeli oleh pelanggan sebelum meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke kawasan lain.
Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi dimana terdapat segelintir mengenali Pakcik Tahir dan menceritakan kebaikan yang dilakukannya.