Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin, mengumumkan pertunangannya dengan bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, selepas melamar pasangannya pada Rabu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ong menerusi satu hantaran di laman Instagram pada awal pagi Khamis, di mana beliau meluahkan rasa syukur atas ikatan yang terjalin dengan Aya.

Ong Yew Sin Umum Pertunangan dengan Aya Ohori, Kongsi Momen Bahagia

Menerusi perkongsian tersebut, Ong turut menyatakan bahawa mereka berdua telah melalui pelbagai cabaran sepanjang perhubungan, termasuk perbezaan budaya dan gaya hidup. Namun, mereka berjaya menyesuaikan diri serta saling memahami antara satu sama lain, meskipun tidak terlepas daripada perbezaan pendapat.

Pengumuman itu mendapat reaksi positif daripada peminat sukan badminton yang sekian lama mengikuti perkembangan pasangan ini. Kedua-duanya sering dilihat bersama di luar gelanggang, menimbulkan spekulasi mengenai hubungan mereka sebelum ini. Dengan berita pertunangan ini, ia sekaligus menjawab tanda tanya ramai mengenai status mereka.

Selain peminat, rakan seperjuangan dalam dunia badminton turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut. Antara yang meninggalkan komen di hantaran Ong adalah legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, yang turut berkongsi kegembiraan atas berita tersebut.

Kredit: Instagram ongyewsin, Astro Awani

 

 

 

[fbcomments]