Seorang lelaki yang merupakan pekerja operator kren menara ditemui meninggal dunia di dalam kabin jentera dipercayai berlaku di tapak pembinaan Persiaran KLCC semalam.

@jejakasederhana

Selamat jalan Daniel….Semoga di tempatkan di kalangan org² yg beriman..16/11/23 Pergi nya seorang sahabat di atas kren menara dan jenazah di turunkan menggunakan kren menara bersebelahan yg di kendali oleh sahabat sendiri… #alfatihah #krenmenara #towercraneoperator #towercrane #craneoperatormalaysia🇲🇾 #selamatjalankawan

♬ original sound – Geng Nasyid – Geng Nasyid

Tidak Sedarkan Diri Secara Tiba-Tiba

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @jejakasederhana di laman TikTok, difahamkan lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan tidak sedarkan diri sebelum rakan sekerja meminta bantuan pasukan bomba untuk menurunkan mangsa yang berada pada ketinggian hampir 20 meter. Menurut kenyataan bomba, pihak mereka menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 5.43 petang dan pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai perubatan kesihatan mengesahkan bahawa mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa berjaya dibawa turun oleh anggota dengan menggunakan bantuan dari menara kren bersebelahan pada jam 7.46 malam,” kata bomba.

Khidmat Terakhir Seorang Sahabat

Menerusi yang dikongsikan di atas, ia memaparkan detik-detik mayat dibawa turun menggunakan kren menara bersebelahan yang dikendalikan oleh rakannya. “Khidmat terakhir seorang sahabat turunkan jenazah sahabatnya sendiri,” tulisnya dalam video tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi iaitu Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan bahawa mayat lelaki warga tempatan tersebut dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Kredit: TikTok jejakasederhana, Harian Metro

[fbcomments]