fbpx

Insiden tanah jerlus yang berlaku di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini pastinya mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang awam yang kerap berada di kawasan tersebut. Kejadian itu telah menimbulkan rasa panik, dengan ramai yang kini lebih berhati-hati apabila mendekati kawasan berkenaan.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah sikap segelintir individu di kawasan tersebut yang seolah-olah memandang ringan insiden berkenaan.

@muhd_abu7

sejak hari tu sy dah perasan depan balai (50 meter dari tempat mangsa jatuh) mcm ada yang tak kena.. #jatuh #lubang #accident #masjidindia #jalanmasjidindia #mendapantanah

♬ original sound – Muhd Abu – Muhd Abu

Selamba Jalan Di Lokasi Bahaya Dan Tak Ambil Iktibar Dari Kejadian

Ini terbukti melalui satu rakaman video yang tular di TikTok, di mana terdapat satu lagi kejadian tanah jerlus dilaporkan di lokasi tersebut. Meskipun pihak polis telah menutup kawasan tersebut dan memberi amaran kepada orang ramai untuk berhati-hati, masih terdapat individu yang tidak mempedulikan risiko bahaya.

Dalam video yang mendapat perhatian jutaan penonton di TikTok hanya dalam tempoh tiga hari, seorang lelaki kelihatan berjalan dengan selamba di atas kawasan tanah jerlus itu, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Tindakan lelaki itu menimbulkan kebimbangan ramai netizen yang khuatir akan keselamatannya.

Sebagai makluman, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) baru-baru ini menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India yang terjatuh dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India. Operasi itu dihentikan disebabkan beberapa kekangan yang dihadapi oleh pihak berkuasa.

Kredit” TikTok muhd_abu7

[fbcomments]