Kisah kehidupan penyanyi terkenal era 90an, To’ki yang hidup dipondok usang bersama isterinya semakin hangat diperkatakan.
Sehingga ada netizen dengan mudah menunding jari menyalahkan anak-anak kepada To’ki tanpa langsung mengedahkan perasaan anak-anak kepada penyanyi itu dengan bekas isterinya sebelum ini.
Apa ayah rasa sekarang sebiji apa yang kami rasa dulu
Terkesan dengan apa yang berlaku, salah seorang daripada anaknya dikenali sebagai Noor Hidayah, 27 telah bersuara bagi membetulkan tanggapan salah masyarakat terhadap dirinya serta adik-beradik yang lain menerusi Instagram.
Kali terakhir jumpa
Sehubungan dengan itu, pihak Berita Harian telah mendapatkan sendiri Noor Hidayah bagi menjelaskan apa yang berlaku. Menurut wanita itu, kali terakhir dia bertemu dengan bapa adalah kira-kira 4 tahun lalu kita mewalikannya semasa bernikah.
Dia dan adik-beradik lain sama sekali tidak mengetahui bapanya hidup melarat kerana sudah lama tidak bertemu selepas ditinggalkan oleh penyanyi itu semasa masih kecil lagi tanpa sebarang khabar dan nafkah.
Sejujurnya, saya dan adik-beradik yang lain baru dapat tahu keadaan ayah selepas berita disiarkan… Barulah kami tahu ayah sudah berkahwin lain. Memang terkejut sebab tidak sangka ayah hidup dalam keadaan begitu. Sebelum ini, saya ada tengok ayah buat lintas langsung di FB, tetapi tidak sangka begitu keadaan tempat tinggalnya.
Mereka tidak tahu apa yang kami lalui
Menurut Noor Hidayah lagi, pada awalnya mereka hanya ingin mendiamkan diri sahaja, namun warganet mulai melemparkan tanggapan kurang enak kepada mereka adik-beradik yang didakwa sengaja mengabaikan penyanyi tersebut.
Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara. Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.
Oleh hal yang demikian, Noor Hidayah berharap agar apa yang disampaikan ini memperbetulkan tanggapan negatif orang ramai buat dia dan adik beradik yang lain kerana mereka sama sekali tidak pernah melupakan To’ki.