Sudah empat tahun berlalu sejak insiden tragis menimpa Jahidah Nordin, 47, namun penderitaan wanita itu masih belum menemui penghujung.

Akibat dipukul suami sendiri hingga mengalami kecederaan otak serius dan koma, keadaan Jahidah kekal tidak sedarkan diri dan hanya mampu terlantar tanpa upaya untuk bergerak mahupun bersuara.

Kerosakan Otak Akibat Didera Suami, Jahidah Terus Koma Tanpa Harapan Pulih

Menurut adiknya, Fauziah, pihak hospital memaklumkan bahawa tahap kerosakan otak yang dialami kakaknya terlalu kritikal, menyebabkan harapan untuk pulih sepenuhnya amat tipis.

“Doktor maklumkan, kerosakan otaknya sangat teruk. Kini sudah masuk tahun keempat dia koma… kami hanya mampu berserah.

“Awalnya memang sukar… untuk bersihkan Kak Jahidah saya perlu angkat badannya, sedangkan kudrat saya sebagai wanita terbatas. Tapi lama-kelamaan saya belajar. Sekarang saya dah biasa dan anggap ini semua sebagai saham akhirat,” katanya ketika ditemui.

Fauziah yang kini bertindak sebagai penjaga utama Jahidah berkata, rutin hariannya sejak empat tahun lalu banyak dihabiskan untuk mengurus dan menjaga kakaknya sepenuh masa.

Tugas menjaga tidak hanya tertumpu kepada keperluan asas seperti memandikan, menyuap makanan dan menukar lampin, tetapi turut melibatkan penjagaan anak kecil Jahidah yang kini berusia empat tahun.

“Awalnya memang sukar… untuk bersihkan Kak Jahidah saya perlu angkat badannya, sedangkan kudrat saya sebagai wanita terbatas. Tapi lama-kelamaan saya belajar. Sekarang saya dah biasa, dan anggap ini semua sebagai saham akhirat,” ujarnya.

Walaupun sudah terbiasa, Fauziah tidak menafikan ada ketikanya dia berasa letih, emosi terganggu dan merasa keseorangan. Namun semangatnya kembali pulih setiap kali melihat wajah kakaknya yang kaku tanpa sebarang reaksi.

Dalam masa sama, anak tunggal Jahidah, Eshan Nufail turut berdepan kesukaran tersendiri apabila disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU) dari segi perkembangan.

Walaupun begitu, menurut Fauziah, doktor memaklumkan keadaan Eshan tidak membimbangkan kerana secara fizikalnya, kanak-kanak itu sihat dan hanya memerlukan masa untuk bercakap seperti kanak-kanak lain seusianya.

Sehingga kini, tiada perkembangan besar dalam keadaan Jahidah, namun keluarga terus berdoa dan berharap agar suatu hari nanti akan berlaku keajaiban yang mampu mengubah segalanya.

Kredit: Harian Metro

 

 

 

 

[fbcomments]