fbpx

Seekor kucing tular yang diberi nama Oyen, yang turut menjadi mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam dikhabarkan sudah mati.

Positif Virus FIV

Berdasarkan sumber yang dilihat dari perkongsian yang dimuat naik oleh Dr Zul Erwan di laman Instagram, sebelum ini beliau adalah doktor yang bertanggungjawab untuk merawat Oyen, namun apakah daya Oyen tidak dapat bertahan lama dan meninggal dunia akibat jangkitan virus ‘feline Ilimmunodeficiency virus’ (FIV).

“Dukacita dimaklumkan, Oyen Elmina telah pun pergi untuk selamanya hari ini (semalam). Oyen yang didapati positif untuk virus FIV membuatkan sistem imun badan Oyen terganggu”, tulisnya di ruangan kapsyen.

Luka Di Tulang Belakang Oyen Menjadi Punca Kuman Merebak

Menurut Dr Zul Erwan lagi, komplikasi luka yang berada di tulang belakang Oyen menjadi punca jangkitan kuman lebih cepat merebak. Katanya, keadaan Oyen semakin lemah dan tidak dapat bertahan meskipun rawatan terbaik sudah diberikan.

Di akhir kapsyen itu, Dr Zul menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Oyen.

Sekadar info, terdahulu tularnya berita mengenai seekor kucing yang diberi nama Oyen, ditemui berhampiran lokasi nahas pesawat terhempas yang mengorbankan 10 nyawa oleh petugas KKM.

Kredit: Instagram zulerwan

[fbcomments]