fbpx

Kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa jenazah seorang lelaki terlibat dalam kemalangan jalan raya telah terjunam ke tebing kawasan ladang kelapa sawit di Kilometer 52 Bari, Sungai Tong semalam.

Kemalangan berlaku ketika pacuan empat roda tersebut dalam perjalanan ke Hospital Setiu dari arah Sungai Tong dengan membawa jenazah kes mati mengejut.

Jenazah terjatuh dari kenderaan

Menurut kenyataan dari Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, kemalangan itu telah menyebabkan jenazah lelaki berusia 51 tahun terjatuh dari kenderaan dan warisnya yang berusia 57 tahun merupakan seorang bilal turut mengalami kecederaan patah lengan kanan manakala anggota polis berpangkat koperal yang memandu kenderaan pula terseliuh bahu kiri.

Hujan lebat dan jalan licin mengakibatkan kenderaan pacuan empat roda polis itu hilang kawalan lalu terbabas sebelum terjunam ke bawah tebing ladang sawit.

Siasatan di tempat kejadian mendapati lokasi itu adalah laluan selekoh.

Beliau berkata, mangsa yang tercedera dan jenazah itu kemudian dibawa ke Hospital Setiu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

[fbcomments]