Seorang lelaki kini berada dalam keadaan kritikal akibat terkena renjatan elektrik selepas didakwa mencuri kabel dalam sebuah longkang di kawasan kejiranan yang terletak di El Cortes, Pereira, Columbia pada beberapa hari yang lepas.
![]()
Mangsa Melecur 90 Peratus Seluruh Badan
Berdasarkan laporan yang dilihat dari Majoriti Official, difahamkan mangsa yang tidak didedahkan namanya telah diselamatkan oleh petugas Jabatan Bomba dan Penyelamat tempatan sejurus menerima laporan daripada orang awam. Mangsa dikatakan mengalami kecederaan parah dan melecur 90 peratus di seluruh badan.
Terkena Renjatan Elektik Dalam Longkang
Kata sumber lagi, kejadian tersebut turut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian dan kelihatan mangsa berada di dalam longkang dalam keadaan kesakitan.
Turut dilihat baju dan seluruh badan mangsa mempunyai kesan terbakar akibat terkena renjatan elektrik. Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut menggunakan ambulans sejurus diselamatkan.
Menurut kenyataan rasmi Jabatan Bomba Pereira, masih tidak diketahui sama ada mangsa akan terselamat daripada kecederaan parah yang dialami semasa kejadian.
Kredit: Majoriti Official