Tindakan pantas anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Shazrin Hafeez yang berjaya menangkap peragut di Taman Mount Austin, Johor Bahru semalam mendapat pujian ramai lepas videonya tular di media sosial.
Fuhh nampaknya ramai warganet menyifatkan pemuda berusia 26 tahun ini ibarat hero yang muncul tepat pada masanya ketika kejadian membabitkan seorang wanita di ragut.
Difahamkan Abang penguat kuasa ini juga melakukan perniagaan menjual burger pada waktu malam. Oleh kerana dia telah menolong wanita tersebut dan diangkat sebagai hero, ramai netizen menyeru penduduk sekitar Taman Johor Jaya supaya memberikan sokongan kepada perniagaan burger beliau.
Menerusi laporan Harian Metro pula, semasa kejadian tu dia sebenarnya sedang menjalankan tugas memeriksa petak tempat letak kereta berkupon sebelum terdengar jeritan wanita meminta pertolongan.
Bagaimanapun, dia nafi melakukan ‘flying kick’ seperti kelihatan dalam video yang tular itu sebaliknya terus berlari ke arah peragut dan terkam sehingga terjatuh.