fbpx

Baru-baru ini tular di laman TikTok yang memaparkan seorang jemaah jatuh terlentang ketika sedang menunaikan solat Terawih akibat kerusi yang digunakannya untuk solat telah ditarik oleh seorang kanak-kanak lelaki.

@natok_amatuer

Hati2 ketika solat mggunakan bangku

♬ Ramadan Maher Zain Vocals Only – Imaad Rana

Pakcik Baju Biru Alami Kecederaan Di Beberapa Bahagian Badan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @KhairulAmzarTansri di laman Facebook, beliau yang merupakan anak kepada pakcik baju biru tersebut memaklumkan bahawa bapanya telah mengalami kecederaan di badan, tangan, dan bahu bengkak, selain tangannya juga tidak boleh diangkat.

Walaupun begitu, beliau menyatakan tiada kecederaan serius dan kesihatan bapanya turut beransur pulih untuk meneruskan ibadah seperti biasa.

“Bahunya bengkak, tangannya tidak boleh diangkat, tidak boleh makan dengan sempurna, juga mengalami demam dan muntah-muntah. Hasil pemeriksaan x-ray pada hari ini (Selasa), tiada kecederaan serius dilaporkan doktor,” katanya.

Khairul Amzar turut mengulas kejadian tersebut berlaku pada waktu Isyak pada Ahad lalu dan kedudukan di antara kerusi dan bapanya berada di posisi mengikut hukum dan garis panduan syarak.

“Bapa masih boleh berdiri, cuma tidak boleh sujud dan duduk di antara dua sujud akibat masalah pada lututnya. Dia ada ilmunya. Kalau ada yang pertikaikan, sila mengaji semula bab ini. Malah, bapa juga tetap meneruskan solat walaupun selepas terjatuh,” jelasnya.

Bapa Budak Tarik Kerusi Mohon Maaf

Menurut Khairul Amzar, bapa kepada kanak-kanak berkenaan telah datang meminta maaf kepada pakcik baju biru seperti mana jelas dilihat dalam video diatas. Bagaimanapun, dia tidak pernah berdendam dan telah memaafkannya kerana si pelaku masih lagi kanak-kanak.

“Biasalah tu budak-budak. Tiada amarah dan dendam dilemparkan. Sebenarnya, pakcik baju biru seorang yang pendiam dan sangat penyabar. Susah nak jumpa manusia yang sesabar pakcik baju biru. Perangai anak ini tidak boleh kita persalahkan. Lumrah ada kanak-kanak yang lasak,” ujarnya.

Di kesempatan itu, Khairul Amzar mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan mendoakan kesihatan bapanya. Penularan video tersebut bukanlah atas kemahuan bapanya, malah berpesan agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu tidak dimuat naik dan dikongsikan kepada orang awam.

Bagaimanapun, tindakan tersebut tidak dapat dielakkan.

Kredit: FB Khairul Amzar Tansri, TikTok natok_amateur

[fbcomments]