Sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan seorang penjual teh ais bernama Pak Sunhaji, yang menjual air minumannya di sebuah majlis ceramah telah dimalukan oleh seorang pendakwah terkenal dari Indonesia, Gus Miftah Habiburrahman.
Dalam video tersebut, Gus Miftah kelihatan mempersendakan Pak Sunhaji dengan menggelarnya “goblok” sambil ketawa bersama rakan-rakan pendakwah lain di atas pentas.
![]()
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSjWhRcn6/
https://vt.tiktok.com/ZSjWrTqPL/
Lelaki Dihina Di Khalayak Ramai Hanya Kerana Menjual Teh Ais
Perkataan tersebut diungkapkan oleh Gus Miftah selepas beliau menyedari Pak Sunhaji yang membawa barangan jualannya di atas kepala telah hadir ke majlis tersebut.
Tindakan tersebut jelas mengundang kemarahan ramai pihak, termasuk netizen di Malaysia yang menganggap tindakan itu tidak beradab dan tidak wajar dilakukan terhadap seorang yang sedang berusaha mencari rezeki.
Pak Sunhaji yang sebelum ini bekerja sebagai pemotong kayu, terpaksa beralih ke perniagaan menjual teh ais selepas mengalami kecederaan patah tulang.
![]()
Baru sahaja setahun berniaga, beliau kini berusaha menyara isteri dan dua orang anak yang masih bersekolah. Walaupun dimalukan, Pak Sunhaji memilih untuk berdiam diri dan tidak membalas kata-kata kasar tersebut.
Setelah insiden itu tular, seorang pempengaruh Indonesia iaitu Budi Irwanto, telah mengunjungi Pak Sunhaji untuk memberi sokongan moral dan bantuan kewangan.
Budi turut berkongsi kisah Pak Sunhaji yang terpaksa mencari rezeki setelah kecederaan yang dialami, dan betapa beratnya cabaran yang dihadapinya.
“Pak Sunhaji baru sahaja memulakan perniagaannya dan baru beberapa cawan teh ais yang terjual,” katanya.
Ketika pertemuan itu, Pak Sunhaji meluahkan perasaan kecewa dan berkata, “Saya hanya mencari rezeki untuk keluarga. Jika ada suara seperti itu, saya terima, tetapi harapnya tidak berlaku lagi.” Beliau dengan tenang menerima nasibnya meskipun dihina di khalayak ramai.
Seiring dengan kecaman netizen terhadap insiden tersebut, Gus Miftah telah membuat permohonan maaf secara terbuka melalui video di platform TikTok.
Meskipun begitu, tindakan beliau yang menyinggung perasaan Pak Sunhaji tetap mengundang pelbagai reaksi dan menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat.
Kredit: TikTok clozhiw, hyitsme_99