Membawa kenderaan dengan situasi lebuhraya yang sesak adalah sangat mencabar kerana pasti akan terjadi perkara yang tidak diingini. Baru-baru ini tular di laman sosial berkenaan tentang satu rakaman yang dimuatnaik memaparkan puluhan buah kenderaan menggunakan lorong kecemasan ketika trafik sesak.

Berdasarkan sumber yang diambil dari Mstar, satu rakaman tular berkenaan sebuah kereta jenis Honda merah telah memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan.

Bapa Terdesak Buang Air Kecil Tapi Orang Buka Aib Dia

Menurut wanita pemilik kereta Honda merah terbabit, beliau menjelaskan bahawa dia terpaksa memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan kerana bapanya yang juga warga emas itu terdesak untuk membuang air kecil.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Lebuhraya Utara Selatan di Johor itu telah membuat wanita terbabit kesal dengan perbuatan individu yang merakam sesuka hati tanpa memikirkan sensitiviti orang lain.

“Saya pemilik kereta berwarna merah dalam video tersebut. Pada hari kejadian cuaca hujan dan terjadi kemalangan di depan yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Pada saat itu saya hanya memilih untuk mengatasi situasi mendadak ini di tepi lorong kecemasa. Saya menyalakan lampu kecemasan untuk ke lorong kecemasan”, jelas beliau menerusi satu ruangan komen di Facebook.

Akan Bertanggungjawab Jika Dikenakan Denda Tetapi Mengapa Burukkan Imej Orang Lain?

“Jika saya dikenakan denda saya harus bertanggungjawab. Tetapi mengapa harus memburukkan imej orang lain? Adakah ayah saya berbuat salah kerana harus membuang air kecil kerana keadaannya?”, kata-kata kesal dari wanita itu.

Beliau turut menyatakan bahawa adakah ayahnya itu membuat kejahatan sehingga menyinggung perasaan keluarganya hanya disebabkan kedesakan dikala trafik sesak.

Buat Laporan Polis Kerana Mengaibkan Bapanya

Menurut sumber Mstar lagi, wanita terbabit telah membuat laporan polis berhubung video yang mengaibkan itu. “Saya akui dan akur sekiranya kereta yang dipandu oleh saya ditularkan kerana menggunakan lorong kecemasan tetapi ini melibatkan maruah ayah saya”, ujarnya. Namun berdasarkan hasil semakan yang dibuat, ia didapati bahawa video yang dimuat naik oleh seorang individu di akaun TikTok sudah dihapuskan.

Meninjau di ruangan komen di akaun @viralkini yang turut mengikuti isu ini, rata-rata netizen berasa kasihan memandangkan ia melibatkan maruah seorang bapa yang sudah berumur telah diaibkan secara umum.

Kredit: Mstar, TikTok ViralKini

[fbcomments]