fbpx

Seorang remaja lelaki di Thailand dilaporkan selamat selepas terkena panah ikan hingga menembusi otaknya ketika memancing.

Tragedi Memancing Bersama Rakan

Menurut sumber dari Daily Star, remaja yang dikenali sebagai Chayathorn, 14, itu difahamkan sedang memancing bersama rakannya di wilayah Nakhon Ratchasima, timur laut Thailand. Namun malang tidak berbau, rakannya secara tidak sengaja menembak panah ikan sepanjang 30 sentimeter dan mengenai kepala mangsa.

Imej X-ray yang didedahkan oleh sebuah hospital menunjukkan panah tersebut tertusuk ke dalam tengkorak remaja berkenaan sekaligus menyebabkan doktor berusaha untuk menyelamatkan nyawa mangsa.

Remaja Tersebut Selamat Dan Di Bawah Pengawasan Rapi

Mengulas lanjut, pakar bedah di Hospital Chakkarat akhirnya dapat mengeluarkan panah yang berada di luar kepala mangsa sebelum dapat mengeluarkan bahagian logam yang tertanam di dalam otaknya. Panah ikan yang tertanam itu telah berjaya ditarik keluar dari otak mangsa dan kini beliau sedang berada di bawah pengawasan rapi.

Doktor bagaimanapun bimbang akan risiko penyakit yang mungkin merebak secara dalaman kerana logam yang tertusuk dalam otaknya itu dikatakan tidak bersih.

Kredit: Daily Star

[fbcomments]