fbpx

Akibat memandu secara melawan arus dan merbahaya, seorang lelaki warga Bangladesh ditahan polis selepas video yang dikongsikan berkenaan kejadian tular di Facebook, dalam kejadian di Kilometer 26.5 Jalan Johor Bahru-Mersing semalam.

Pemandu Tiada Lesen

Memetik laporan Kosmo Digital, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi iaitu Superintendan Hussin Zamora memaklumkan bahawa lelaki yang berusia 43 tahun itu dimaklumkan membawa kenderaan secara songsang kerana beliau tidak mempunyai lesen.

“Tular kejadian memandu secara berbahaya kira-kira pukul 2.30 petang di mana Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi telah menerima video tular berdurasi 50 saat itu. Video berkenaan melibatkan sebuah Nissan Almera berwarna putih yang memaparkan dipandu secara songsang serta melawan arus dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Pemandu kereta warganegara bangladesh berusia 43 tahun itu telah dikesan dan ditangkap pada pukul 3.15 petang di kawasan hentian bas Kota Tinggi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi bagi membantu siasatan,” jelasnya dalam kenyataan.

Tiada Rekod Jenayah Atau Terlibat Dalam Kes Dadah

Tambah Hussin Zamora lagi, pemeriksaan saringan awal ujian air kencing ke atas individu terbabit juga telah diambil dan didapati negatif kes dadah. Hasil semakan ke atas rekod kenderaan dia juga didapati tiada rekod jenayah dilaporkan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengankutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya,” ujarnya.

Kredit: Kosmo! Digital

[fbcomments]