Pada Khamis, semalam, sebuah kemalangan ngeri berlaku di jalan raya di Mersing, Johor yang membabitkan sebuah lori dan kereta yang dinaiki oleh sepasang suami isteri. Difahamkan kejadian tersebut berlaku apabila kenderaan lori terbabas ketika memandu di selekoh laluan berkenaan.
Kejadian Berlaku Pada Lewat Malam
Berdasarkan sumber yang dilihat dari Majoriti Official, difahamkan kereta pasangan terbabit yang memandu dari arah bertentangan kemudiannya hampir berlanggar dengan lori tersebut yang secara tiba-tiba terbalik dan menyebabkan kemalangan berlaku di kawasan itu.
Menerusi rakaman yang dikongsikan di laman Instagram milik sumber, ia dilihat bahawa lori terbabit dipandu dengan laju di kawasan selekoh dan secara tidak sengaja badan lori itu mula membengkok ke arah laluan bertentangan dan telah berlanggar dengan kereta jenis Myvi di hadapan kereta pasangan ini.
Meskipun sempat mengelak, namun kedua-dua pasangan ini amat cemas dengan situasi tersebut apabila mereka mula menjerit dan terpaksa menekan brek kecemasan ketika kejadian.
Reaksi Netizen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa pemandu lori berkenaan dalam keadaan mengantuk kerana memandu secara merbahaya disamping ada juga yang tidak berpuas hati dengan kelakuan pemandu lori yang tidak bertanggungjawab itu.
Kredit: Majorit Official