fbpx

Tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki warga asing bertindak seperti Spiderman apabila dia berani memanjat pencawang elektrik bervoltan tinggi dalam kejadian di Kampung Muhibbah, Bandar Darulaman pada Isnin.

Video di bawah:

https://www.instagram.com/reel/C7MuGpgSIsV/?igsh=ZWRxZXdxeGcxMm83

Panjat Pencawang Elektrik Untuk Cubaan Bunuh Diri

Berdasarkan laporan Kosmo!, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin memaklumkan bahawa pihaknya menerima satu panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam kira-kira 7.17 malam tadi.

“Kami menerima panggilan memaklumkan terdapat cubaan bunuh diri dan bergegas ke lokasi kejadian. Setibanya di sana, didapati seorang lelaki berada di atas pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk terjun,” katanya.

Menerusi video yang dikongsikan, tindakan lelaki tersebut telah menimbulkan ketakutan terhadap orang ramai hinggakan mereka memanggil Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengendalikan situasi dan ianya mengambil masa selama dua jam untuk pasukan penyelamat memujuk lelaki berkenaan untuk turun ke bawah dengan selamat.

Lelaki Terbabit Ditahan Polis

Terbaharu, difahamkan polis telah menahan lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut. Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 39 tahun itu beralamat di Batu Kurau, Perak.

Beliau memaklumkan bahawa suspek ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu dan akan dirujuk ke Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk ujian saringan air kencing pada hari ini.

“Dalam kejadian semalam, bilik gerakan IPD Kubang Pasu menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam pada 6.24 petang yang memaklumkan suspek dipercayai memanjat pencawang elektrik itu.

“Berikutan itu anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan anggota Balai Polis Jitra tiba di lokasi dan mendapati suspek masih berada di atas pencawang berkenaan. Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kubang Pasu dan ambulans turut berada di lokasi untuk melakukan penyelamatan dan suspek berjaya dibawa turun pada 8.45 malam,” ujarnya.

Kredit: Kosmo!, Harian Metro

[fbcomments]