Pelakon sensasi Zarina Anjoulie didakwa sudah putus tunang bersama Datuk Seri Khazrul Elsey.

Perkongsian pelakon itu yang seakan-akan patah hati ditambah dengan hantaran dari pemuda itu di Tiktok Story mengesahkan pertunangan mereka telah berakhir.

Khazrul ada meluahkan dia bukan orang yang baik seperti diimpikan Anju, namun dia masih mahu meneruskan persahabatan diantara mereka.

“Kita mampu merancang, Allah yang menentukan. Papa tak sebaik mana yang mama impikan. Kita berdua masih ada kekurangan.

“Semoga kita akan terus menjadi sahabat. Papa doakan mama dapat orang yang lebih baik,” tulisnya.

Khazrul turut mengucapkan terima kasih atas kasih sayang yang telah ditunjukkan oleh Anju selama mereka bersama sebagai pasangan kekasih.

“Terima kasih atas cinta mama kepada papa. Hanya Allah dapat membalas di akhirat kelak. I love you (saya sayang kamu), mama,” tulisnya.

Sekadar info, Anju dan Khazrul telah mengikat tali pertunagan dan berkongsi di media sosial pada 22 Januari 2023 namun hantaran tersebut telah dipadam oleh kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, Zarina pernah mendirikan rumah tangga bersama Eilyas Azhar pada 2020 tetapi mengambil keputusan untuk bercerai pada Mei tahun lalu. Zarina juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun telah bercerai pada Disember 2016.

Sumber: Xtra

[fbcomments]